Saturday, March 04, 2006
Live is Much Easy When Eyes Closed

Ya.Aku bizi seperti makhluk mata merah di atas!


Berhabuk!
Da naek berhabuk keybod aku kerna lama sudah aku tak menaip untuk hapdet blog ni.Haha.Sesungguhnya aku bizi.Dalam jangka masa seminggu kebelakangan ini, banyak benda yang aku kene setelkan.Berlari ke sana ke sini mengalahkan mat despatch yang pastinya tak beban otak fikir ape itu heat engine,hukum termodinamik dan juga kitar carnot.Bila difikirkan balik, saat ini umpama aku punya 2 kerja pada satu masa
1. Pelajar yang semakin tenat keadaan otaknya menerima hukum-hukum dan formula yang bukan pendek semuanya serta menuntut komitmen dan masa yang amat banyak demi menghafal bait-bait ayat dalam buku teks.
2. Pegawai perhubungan luar dan publisiti yang dikerah sepenuh tenaga untuk memstikan setiap makhluk atas muka bumi USM ni tahu bahawa Temasya Jaya 2006 itu wujud.Juga, aku bertanggungjawab untuk menjadi pereka imej para ahli-ahli jawatankuasa Temasya Jaya tahun ni.T-shirt,tag nama,banner,poster,web rasmi,semuanya jatuh menimpa-nimpa atas pundak aku.
Lihatlah dunia,kamu semua bakal menerima kelahiran seorang jurutera yang mampu menjadi pegawai publisiti dan juga pereka imej.Aku memang versatile.
Kamu semua jangan tidak tahu, aku juga nyaris-nyaris disenaraikan sebagai DJ semasa temasya ni berlangsung.Kira tengok,berape banyak beban yang diaorang nak persembahkan untuk aku.
Tapi,
Aku puas,melihat t-shirt dan tag nama yang aku buat dipakai di mana-mana sahaja hari ini.
Aku bangga promosi tanpa batas aku berjaya memenuhkan ruang Desasiswa Jaya dengan macam-macam orang dengan macam-macam aktiviti.
Aku gembira temasya kali ini berbeza dari tahun-tahun sebelumnya.
Dan,
Semua ini aku bukan buat seorang diri, kawan-kawan banyak tolong aku, ajk-ajk yang setia dibawah aku banyak support tanpa pernah mengeluh.
Hari ini,
Hari untuk melihat segala semua yang da kita buat sama-sama.
Hari untuk menikmati hasil promosi yang dilakukan sehingga jam 2 pagi.
Hari untuk aku dan anak-anak buah aku melihat orang lain sibuk bagai nak gila sedangkan kami sudah habes buat kerja.
Padan muka semua orang.Haha..
posted by mohdismail @ 9:10 PM  
4 Comments:
  • At 2:41 AM, Blogger Chika Chika said…

    gembira mengetahui kesebokkan kamu. Kita dalam kasut yg sama. bagos... *baru puas atiku* ahahaha... Selamat Bertemasya!

     
  • At 10:22 AM, Blogger mohdismail said…

    pelajar ipt seperti kita seharusnya bizi tanpa jemu..

     
  • At 12:33 PM, Blogger Nashrex said…

    rindu dengan kebiziyan student.. huwaa!~

     
  • At 7:28 PM, Blogger shambie adzhan said…

    opst..off topic jap..
    tgk la garasi!!
    karen bangat!!

    hehe..

    same here..sebok gk :(

     
Post a Comment
<< Home
 
menuhariini
mari bicara

lepasmasalalu
sejarahdisini
ads
lingkarandarisini

    link dengan (*) adalah wajib pergi.
    others..coming soon!
dijanaoleh



BLOGGER