Saturday, March 18, 2006
now..we're here.. mohdismail.com
posted by mohdismail @ 3:29 AM   1 comments
Friday, March 10, 2006
Kekasih Kau Di mana?



lagu tema hari ini : Cake - Sheep Goes To Heaven ( kalo ade lagu nih,lebih molek dilayan ketika melayari blog aku,download?nanti2 aku upload tuk didownload)



Aku beli kamera bernama Konica Minolta DIMAGE X21 ni tahun lepas.Seawal semester kedua tahun pertama aku kat USM.Pada masa itu,biasiswa JPA baru sahaja menerjah ke dalam bank akaun aku dan keinginan untuk memiliki sebuah kamera amat memuncak.Ditambah pula dengan kedai ah pek ni buat promosi tahap hilang akal yang tawarkan harga super minimum sesuai dengan budget aku.
Aku rembat tanpa berfikir panjang.Harga yang dia bagi kat aku betul-betul buat aku rasa kamera ini ditakdirkan untuk aku.Aku memandu pulang dengan keadaan aku lebih memandang seat sebelah dimana kamera itu berada berbanding melihat jalan dihadapan'ku.Kalau ade kutu lintas jalan pun mungken aku tak akan sedar.kamera ini betul-betul memikat pandangan aku.
Sejak hari itu,bermulalah hari-hari aku penuh dengan gambar-gambar ceria yang aku shoot sana-sini.Walaupon perfomance kamera ni tidaklah sehebat afzan mahupon huzai,tapi sekurang-kurangnya aku ada sesuatu untuk membekukan masa-masa yang bermakna.
Hinggalah pada suatu hari,kamera ni mula menunjukkan simptom tak betul.Dan kemuncaknya,kamera ni enggan hidup sedangkan aku sedaya-upaya membekalkan bateri yang super power untuk beliau.
Aku kembali ke kedai ah pek tu untuk menunjukkan kamera aku yang sudah tidak bernyawa.Ah pek itu berkata,
"boss,mau ganti ka welenti?"*welenti=warranty
"ape beza pek?"
"kalau u mau ganti aa..saya cas sikit loo.."
"sikit tu brape?"
"kulang2 satu latus"
"welenti?"
"saya kasi hantar ini kamera pi itu kilang,u tunggu la.."
"lama ka pek?"
"lua bulan ini macam.."
"oklah.."

Aku mana ade duit da masa tu nak service kat kedai ah pek tu,dia kata sekurang-kurangnye 100,pada aku,lebih mahu,kurang tak mungkin.
Tapi,sampai saat ini,kamera aku belum pulang dari kilang,tiap kali aku pergi check kat kedai ah pek,dia kata kilang belum hantar balik.
Aku rindu kamera aku.
Aku rindu nak ambil gambar.
Macam mana kalau kamera tu takkan kembali?
Aben kata,"Kita Rompak Kedai Uncle Wong!"

Keyword Top
Aku bukan nak bagi korang keyword-keyword yang best untuk letak kat web/blog/etc korang.Tapi dari pemerhatian aku hari ke hari,perkataan 'siti' & 'nurhaliza' menjadi keyword paling unggul untuk orang ramai sampai ke blog aku,tak kira la diorang search kat mane pun,Google ke,MSN ke,Yahoo ke,rata-rata mereka datang ke blog aku kerana mahu mencari Siti Nurhaliza.DVD tak mau?.Haha.Pasni pasti aku akan buat entry pasal Mawi.Gunakan blog semaksimum mungkin.

demisebuahnama:theunwanted
Kalian tahu ape dalam fikiran aku sekarang?Aku mahu tukar layout lagi.Siaplah blog ini akan ku bedah-bedah sepuas hati biar semakin cun dan menawan hati sekeluarga.Kalo nak dikira berape kali aku tukar layout kat blogspot,ni kali ke-3.Maka dengan itu,pertukaran layout dan interface yang seterusnya akan memberi nama baru kepada blog ini : demisebuahnama:theunwanted.Siap ko!
posted by mohdismail @ 11:09 AM   2 comments
Saturday, March 04, 2006
Live is Much Easy When Eyes Closed

Ya.Aku bizi seperti makhluk mata merah di atas!


Berhabuk!
Da naek berhabuk keybod aku kerna lama sudah aku tak menaip untuk hapdet blog ni.Haha.Sesungguhnya aku bizi.Dalam jangka masa seminggu kebelakangan ini, banyak benda yang aku kene setelkan.Berlari ke sana ke sini mengalahkan mat despatch yang pastinya tak beban otak fikir ape itu heat engine,hukum termodinamik dan juga kitar carnot.Bila difikirkan balik, saat ini umpama aku punya 2 kerja pada satu masa
1. Pelajar yang semakin tenat keadaan otaknya menerima hukum-hukum dan formula yang bukan pendek semuanya serta menuntut komitmen dan masa yang amat banyak demi menghafal bait-bait ayat dalam buku teks.
2. Pegawai perhubungan luar dan publisiti yang dikerah sepenuh tenaga untuk memstikan setiap makhluk atas muka bumi USM ni tahu bahawa Temasya Jaya 2006 itu wujud.Juga, aku bertanggungjawab untuk menjadi pereka imej para ahli-ahli jawatankuasa Temasya Jaya tahun ni.T-shirt,tag nama,banner,poster,web rasmi,semuanya jatuh menimpa-nimpa atas pundak aku.
Lihatlah dunia,kamu semua bakal menerima kelahiran seorang jurutera yang mampu menjadi pegawai publisiti dan juga pereka imej.Aku memang versatile.
Kamu semua jangan tidak tahu, aku juga nyaris-nyaris disenaraikan sebagai DJ semasa temasya ni berlangsung.Kira tengok,berape banyak beban yang diaorang nak persembahkan untuk aku.
Tapi,
Aku puas,melihat t-shirt dan tag nama yang aku buat dipakai di mana-mana sahaja hari ini.
Aku bangga promosi tanpa batas aku berjaya memenuhkan ruang Desasiswa Jaya dengan macam-macam orang dengan macam-macam aktiviti.
Aku gembira temasya kali ini berbeza dari tahun-tahun sebelumnya.
Dan,
Semua ini aku bukan buat seorang diri, kawan-kawan banyak tolong aku, ajk-ajk yang setia dibawah aku banyak support tanpa pernah mengeluh.
Hari ini,
Hari untuk melihat segala semua yang da kita buat sama-sama.
Hari untuk menikmati hasil promosi yang dilakukan sehingga jam 2 pagi.
Hari untuk aku dan anak-anak buah aku melihat orang lain sibuk bagai nak gila sedangkan kami sudah habes buat kerja.
Padan muka semua orang.Haha..
posted by mohdismail @ 9:10 PM   4 comments
Saturday, February 25, 2006
Hari Tag Sedonia.
Pagi-pagi masuk blog sendirik,kat cetbok,afzan suda warning "angkat tangan,kamu suda di'tag',sila amik soklan di blog saye!"

Aku Menjawab Tag afzan06
4 jobs
1.Memandangkan aku belum grad,maka aku belum ade keje..
2.Belum grad.
3.Tunggu grad.
4.Hantar tag ni balik kat aku eh?:)

4 movies
1. Kalau Teenagers movie aku prefer "Not Another Teen Movie" :p
2. Kalau strategi perang aku prefer "Saving Private Ryan"
3. Kalau love story aku prefer "My Sassy Girl"
4. Kalau true story aku prefer "Forest Gump" (true story ke?tp,background dia konfem true story)

4 places I have lived
1. Pengkalan Lebai Man,Sg.Petani (kecik2)
2. Sungai Besar (sampai sekarang..)
3. Tangkak Johor (matriks..boleh kira ke?)
4. USM Nibong Tebal,Penang (amik degree..tunggu grad..)

4 tv shows I love to watch
1. Aku tak suka tengok tv.
2. Aku tak suka tengok tv.
3. Aku tak suka tengok tv.
4. Buletin Utama.(huk!)

4 places I've been on vacation
1. Langkawi Island
2. Air Terjun apekenama (Bidor,Perak)
3. Johor
4. Actually,aku penah round keliling Semenanjung Tanah Melayu satu family masa aku form 3.Best woo..

4 blogs I visit daily
1. kumprinx
2. afzan06
3. chika&en.beylo
4. famia
*dia tag aku empat je..yang lain tengok kat linking area ek?aku pegi semuanya..lalala

4 of my favorite food
1. Nasi Goreng Paprik
2. Pizza Chicken Supreme
3. Karipap Pedas
4. Ubi Goreng :)

4 albums I can't live without
1. eh..album?
2. album?
3. kalo album lagu ke..aku bukan menggila sangat sampai tak bole hidup kalo takde album tu.
4. album gambar?ade la umah sana,tapi aku kat sini still boleh hidup..

4 vehicles I owned
1. tunggu grad.
2. apply keje.
3. keje sungguh2.
4. nak beli Ferrari Enzo.haha.


4 mangsa seterusnya...
1. kumprinx
2. chika
3. nashrex
4. kalo kamu yang membaca mahu ditag,isikan nama kamu disini yah? __________

Aku Menjawab Tag Chika
Kalau diikutkan,aku ade terhutang satu tag dengan chika bertajuk "8 points I'm looking for in a perfect lover",tapi kan,sejujurnya aku tak pernah letak apa-apa target ke,kriteria ke dalam pemilihan teman hidup ni.Aku still percaya pada kata2 orang awam,"selalunya,apa yang kita nak,itulah yang susah nak dapat".Lagipun,aku suda punya teman.Maaflah chika,inilah sebenarnya jawapan 'tuk tag kamu.Mungken satu hari aku boleh senaraikan apa 8 point yang menarik minat aku terhadap dia (cewahh!).Ape2pun,sapa2 yang da kene tag ni,sila jawab ye.

Sekian Sambutan Hari Tag Sedonia ke-33.Sealmat Berhujung Minggu.
posted by mohdismail @ 2:19 AM   1 comments
Friday, February 24, 2006
+Hari ini+
Hari ni tiada cerita.Hari ini semuanya sama.Hari ini cuma ada lagu baru untuk didownload serakusnya.Silakan.

//Bukan Kekasih Setia - Padi

terima kasih untuk dhani
posted by mohdismail @ 12:30 AM   0 comments
menuhariini
mari bicara

lepasmasalalu
sejarahdisini
ads
lingkarandarisini

    link dengan (*) adalah wajib pergi.
    others..coming soon!
dijanaoleh



BLOGGER