Saturday, February 25, 2006
Hari Tag Sedonia.
Pagi-pagi masuk blog sendirik,kat cetbok,afzan suda warning "angkat tangan,kamu suda di'tag',sila amik soklan di blog saye!"

Aku Menjawab Tag afzan06
4 jobs
1.Memandangkan aku belum grad,maka aku belum ade keje..
2.Belum grad.
3.Tunggu grad.
4.Hantar tag ni balik kat aku eh?:)

4 movies
1. Kalau Teenagers movie aku prefer "Not Another Teen Movie" :p
2. Kalau strategi perang aku prefer "Saving Private Ryan"
3. Kalau love story aku prefer "My Sassy Girl"
4. Kalau true story aku prefer "Forest Gump" (true story ke?tp,background dia konfem true story)

4 places I have lived
1. Pengkalan Lebai Man,Sg.Petani (kecik2)
2. Sungai Besar (sampai sekarang..)
3. Tangkak Johor (matriks..boleh kira ke?)
4. USM Nibong Tebal,Penang (amik degree..tunggu grad..)

4 tv shows I love to watch
1. Aku tak suka tengok tv.
2. Aku tak suka tengok tv.
3. Aku tak suka tengok tv.
4. Buletin Utama.(huk!)

4 places I've been on vacation
1. Langkawi Island
2. Air Terjun apekenama (Bidor,Perak)
3. Johor
4. Actually,aku penah round keliling Semenanjung Tanah Melayu satu family masa aku form 3.Best woo..

4 blogs I visit daily
1. kumprinx
2. afzan06
3. chika&en.beylo
4. famia
*dia tag aku empat je..yang lain tengok kat linking area ek?aku pegi semuanya..lalala

4 of my favorite food
1. Nasi Goreng Paprik
2. Pizza Chicken Supreme
3. Karipap Pedas
4. Ubi Goreng :)

4 albums I can't live without
1. eh..album?
2. album?
3. kalo album lagu ke..aku bukan menggila sangat sampai tak bole hidup kalo takde album tu.
4. album gambar?ade la umah sana,tapi aku kat sini still boleh hidup..

4 vehicles I owned
1. tunggu grad.
2. apply keje.
3. keje sungguh2.
4. nak beli Ferrari Enzo.haha.


4 mangsa seterusnya...
1. kumprinx
2. chika
3. nashrex
4. kalo kamu yang membaca mahu ditag,isikan nama kamu disini yah? __________

Aku Menjawab Tag Chika
Kalau diikutkan,aku ade terhutang satu tag dengan chika bertajuk "8 points I'm looking for in a perfect lover",tapi kan,sejujurnya aku tak pernah letak apa-apa target ke,kriteria ke dalam pemilihan teman hidup ni.Aku still percaya pada kata2 orang awam,"selalunya,apa yang kita nak,itulah yang susah nak dapat".Lagipun,aku suda punya teman.Maaflah chika,inilah sebenarnya jawapan 'tuk tag kamu.Mungken satu hari aku boleh senaraikan apa 8 point yang menarik minat aku terhadap dia (cewahh!).Ape2pun,sapa2 yang da kene tag ni,sila jawab ye.

Sekian Sambutan Hari Tag Sedonia ke-33.Sealmat Berhujung Minggu.
posted by mohdismail @ 2:19 AM   1 comments
Friday, February 24, 2006
+Hari ini+
Hari ni tiada cerita.Hari ini semuanya sama.Hari ini cuma ada lagu baru untuk didownload serakusnya.Silakan.

//Bukan Kekasih Setia - Padi

terima kasih untuk dhani
posted by mohdismail @ 12:30 AM   0 comments
Wednesday, February 22, 2006
Sudahnya...

gambardisini

// yo bro!thiz iz da' brand new original product from Microsoft.Check it out in yo nearest niggaz store.Peace for all!

Sudahnya...

Hari ni kepala aku mengalami sakit yang teramat sangat.Sepanjang hari,apa yang aku mampu buat hanyalah baring,surf tenet,paling world,aku tibai tido.
Ini semua banner punya pasal.
Jam 3 pagi,sepatutnya urusan dunia ni da ditamatkan,walaupun aku sendiri belum tido masa tu.Pengarah TEJA'06 membuat arahan paling drastik dan sarkastik aku rasa.Dia boleh call semata2 nak mintak aku ubah/alter tak sampai 1% pun dari rupa paras banner aku yang da siap hari tu.Apa sudah tiada esok ke wahai Cik Pengarah?Ya.Pengarah projek kali ini seorang perempuan,dan ini adalah pertama kalinya dalam sejarah Desasiswa Jaya.Aku cukup runsing dengan perangai/peel/ape2la pengarah perempuan ni.Fahamkan aje la kalau perempuan,sampai rakan setugas aku boleh kata,"cerewet mak nenek **** dia ni".
Tak cukup dengan itu,digesa juga aku supaya mereka bentuk banner yang kedua malam itu juga.Alahai..kalau la bukan kerana masa yang da tak ada,mahunya aku teruskan aktiviti mencari mimpi indah aku dari bermain photoshop pagi-pagi buta semacam ni.
Mencari gambar latar : 2 jam
Menyusun ayat : 1 jam
Edit sana-sini : 1 jam
Sudahnya,aku tido sejurus selepas aku subuh.Dan bermulalah hari sakit kepala yang teramat sangat.
posted by mohdismail @ 12:40 AM   1 comments
Monday, February 20, 2006
Let's Talk About Her...

// nak tengok gambar asal?sini

Siti Nurhaliza yeah!
Terkezut kamu semua masuk sini terpampang muka Siti Nurhaliza.
Kalau korang tanya,"Hilang akal pe mamat ni letak gambar siti?"..aku akan jawab,"ermm..skit la hilang"
Sejujurnya,aku memang tak into lagu-lagu gadis berdagu lekuk ni.Aku akui lagu-lagu dia memang sedap-sedap belaka.Dulu aku pernah menjadi peminat yang agak fanatik orang kampung Kumprinx ni,tapi sekarang tak lagi.Bukan membenci.Tapi,lagu-lagu dia makin hari makin tak seiring dengan perkembangan aku.Itu dulu....
Suara dia memang sedap.Kawalan suara dia memang bagus,kebanyakan lagu yang dia bawak live,sekelumit pun orang takde komplen pitching lari la...terabur ke laut la...hape ke,sesedap dengar dari cd/kaset/mp3.Anugerah milik Siti Nurhaliza sudah berderet dirumah,mungkin da naik malas Siti nak tenung,nak renung,mengenangkan saat manis menerima anugerah diatas pentas.Terlalu banyak sehingga Malaysian Book of Records mencatatkan Siti Nurhaliza sebagai Penerima Anugerah Terbanyak dalam Industri Hiburan.
Itu Siti Nurhaliza,yang kita kenali dari Bintang HMI 1995,lahir kerna diadili mereka yang benar-benar tahu apa erti sebenar sebuah bakat.Siti Nurhaliza lahir bukan atas dasar 'untung suda la..'.Orang ramai tak perlu spare prepaid 10,30,60,100 'tuk menikmati bakat semulajadi Siti Nurhaliza.
Wei..Akademi Fantasia 4 da nak mula,kalau korang rasa korang lebih bagus dari Mawi,Zahid,Vince mahupun Siti Nurhaliza,klik sini 'tuk borang ke AF4.

Spesel[at]Download!
// Siti Nurhaliza - Bintang HMI 1995 Flashback
posted by mohdismail @ 2:00 AM   5 comments
Tuesday, February 14, 2006
Pangeran Cinta

*gambardisini

//banner printed 'tuk TEJA'06


13/2 Yang Memilukan.
Semalam,aku pergi ke penang 'tuk buat interview tentang undang-undang persekitaran kat Jabatan Alam Sekitar Penang.Epoinmen yang dibuat oleh kakak kepada salah sorang teammate aku adalah pukul 10 pagi,Jabatan Alam Sekitar Penang,Bangunan KOMTAR.Dan,aku diberitahu,"kamu boleh dtg pukul berape pun,pegawai kami ade sampai lunch hour."
Memandangkan semua teamate aku busy,maka aku sorang je dari team aku pergi ke Penang haritu bersama Nithianalan,seorang coursemate aku,tapi lain team.
Kitaorang sampai kat KOMTAR area 'kul 11,sememamgnya lewat,tapi da dia kata sampai lunch hour.Sebelum tu,sikit punya pening la nak mencari waima sebijik parking pun area KOMTAR tu.Ingatkan nak cari parking free.Nak naek multilevel parking,malas nak ajlan jauh2.Nak turun basement,bayar sejam sehinggit,dibuatnya interview tu amik masa 12jam,xke 12 hengget?Tapi atas desakan masa dan faktor kepanasan lampau Penang masa tu,aku redah je masuk basement Perangin Mall.Lantak!
Aku ngan Nithia melilau cari Kompleks Kerajaan kat KOMTAR,maklumlah,selalu pusing2 Perangin je,kalo tanya mekdi ke,kfc ke,giordano ke,tahu la aku.Sampai kat Level 4 KOMTAR,aku call pegawai tu,nak tny pejabat dia kat belah mane.
"as'kum.."
"w'salam"
"sy student dari usm yang nak buat interview dgn pegawai jas"
"hold on ye?"
eh..
"kamu dimana sekarang?"
"kompleks kerajaan negeri,depan pintu masuk.."
"KOMTAR?"
"ha'ah"
"ermm..kami bukan kat situ,kami da pindah ke Wisma Peladang Butterworth"
"eh?"
Damn la.Kitaorang kene berpatah balik naik Jambatan Penang yang aku da naek mual ngan bau dia.Bayar 7hengget tapi bau cam sengal.Malas nak cerita ape jadi lepas tu.

Baru[at]Download!
Dewa - kamulah_satu satunya [LIVE!]
Jikustik - pandangi_langit malam ini
posted by mohdismail @ 12:43 PM   2 comments
Monday, February 13, 2006
sembilanaga.satu filem indon yang ngetop!

*gambardisni


Assalamualaikum pembuka bicara setelah sekian lama aku tak menghapdet.Yeah!

mohdismail.com
Setelah sekian lama meletakkan nama aku sebagai sub-domain,sekarang nama aku secara rasminya berdiri atas kaki sendiri,.com lagi.
mohdismail.com da dipublish ke alam internet ni 2,3 hari lepas.Akan tetapi proses membina mohdismail.com belum mencapai tahap memberangsangkan oleh kerana aku sibuk dengan kerja lain.Aku da mencuba beberapa platform yang bakal aku gunakan sebagai intipati mohdismail.com,antaranya,Mambo,Wordpress,Nuclues,dan sedang diujikaji adalah Joomla! yang mempunyai potensi besar 'tuk digunakan kelak.
So,kalo korang nak usya-usya line,leh la ke www.mohdismail.com,nak bookmark terus pun xpe.Hep!

9naga
Filem terbaru sutradara Rudy Soedjarwo.Pengarah muda nih da terbukti kehebatan dalam industri buat-buat filem ni melalui filem-tangkap-nanges-guling Ada Apa Dengan Cinta dan Tentang Dia.kali ni,sekali lagi Rudy mengangkat nilai kemanusiaan,persahabatan dan kasih sayang.Untuk korang2 yang belum tengok filem ni,dan bercadang 'tuk pergi tengok,aku sediakan kat bawah link download 'tuk trailer 9naga.Enjoy!

Trailer 3 minit
Trailer 30 saat
Official Website 9naga - www.9naga.com

Baru[at]Download!
// Peterpan_menunggu pagi
// Tiket_biar cinta menyatukan kita
link untuk lagu Ungu-Demi Waktu dah diperbaharui.check kat bahagian Download ek?
posted by mohdismail @ 1:09 AM   8 comments
Thursday, February 09, 2006
New [at] Download!

*gambarsatu,dua,tiga.


//Video - Teratai by Sweet Charity Live @Konsert Re-union
//Nak mintak jasa baik kamu semua supaya mendownload video ini,dan beritahu aku jika ade sebarang masalah.Bagitau juga kalau video ini berjaya kamu semua download dengan jayanya.Video ini ditempatkan di server campus USM.
//klik di sini ye kamu!
posted by mohdismail @ 3:29 PM   2 comments
Ilham Subuh
Hari ni Hari Asyura (10 Muharram)
//related link 14 perkara yang sunat dilakukan pada Hari Asyura (10 Muharram) by afzan abdullah

Baru teringat nak letak 14 perkara tu kat sini,akan tetapi disebabkan afzan da letak kat blog dia,makanya korang pegi kat sana tuk membaca ek?
Tapi kan,14 perkara ni da diturunkan generasi ke generasi tanpa kita sendiri tahu kesahihan dan kekuatan apa yang disunatkan.Kalau korang ade sumber hadith/fatwa/etc yang menyokong 14 perkara ni,inform la ek?Wallahua'lam.

Doneeh.com kembali bernyawa
Doneeh da pulih macam biasa.Mekaseh dong sebab bayarin billnya.Sungguh molek rupaparas blog aku andai doneeh berkelakuan baik sebegini.Kalau korang nak menyenangkan proses meletakkan link kawan-kawan kat blog,pkai la doneeh.com.Simple and easy.

Selamat berpuasa kepada yang berpuasa hari ini.
posted by mohdismail @ 10:28 AM   0 comments
Wednesday, February 08, 2006
bila rabu'ku semacam sabtu

Hari ni satu kuliah pun aku tak pegi.Best kan?

//Kuliah JDM(Jurutera dan Masyarakat) sedang dihandle orang peguam dari luar.Aku dan kawan-kawan'ku ambil tindakan nekad memboikot kelas dia atas sebab mutu pengajaran yang tidak mencapai standard.Tapi,ade juga 2,3 orang yang pergi,seperti dijangka,jangka hayat mereka disitu tak lama,tak sampai sejam,masing da melangkah keluar lagak seorang menteri tak puashati dalam parlimen.Hebat kan kanak-kanak sekarang?Senang-lenggang kangkung je boikot kelas atas alasan lecturer tak best.Aduh...

//Kuliah TITAS sengaja aku tuang.Stay kat library lagi best.Entah bilanye aku nak concentrate kat TITAS ni,maken hari maken banyak notanya,bacanya tak juga.Sejarah pendidikan aku membuktikan aku mempunyai rekod buruk terhadap perkara2 melibatkan fakta masa & manusia (Tamadun Manusia)

Jangan Ditiru Ape Yang Aku Buat Hari Ini.Tak baek untuk kesihatan!
posted by mohdismail @ 5:42 PM   0 comments
Tuesday, February 07, 2006
Mencari Kunang-Kunang Dalam Air Nan Tenang.
Doneeh.com Down!
Ade je la konspirasi nak mencacatkan rupaparas blog aku ni,kali ni doneeh.com pule di'suspend' akaunnyer dek hosting server sebab tak bayar bill kot.Sudahnya,link aku ke blog korang/kawan laen da hilang dari pandangan mata kasar.Harapnya doneeh.com cepat2 bayar bill tu.Huduh terus blog aku jadinya camni.Hep!

Study Weh!
Kuliah hari ini seperti hari-hari yang berlalu dulu,tapinya esaimen maken menimbun tak tentu hala.Mentang-mentanglah next week semester break,senang lenang je lecturer ni menimbunkan sekian banyak esaimen yang sudah tentunya menuntut banyak masa dan ketika aku.
Paling best,satu lecturer ni ade bagi esaimen,seploh soalan,semua konseptual,hantar malam esok,beserta amaran berbunyi,"we're going to have a quiz 2morrow nite.."
naseb baek dia bgtau ade quiz,kalo tak,terkonyong2 aku jawab quiz dengan senyuman.

ade kelas.mr.east sign out!
posted by mohdismail @ 2:21 PM   3 comments
Monday, February 06, 2006
Hitz.fm MorningCrew : Gotcha!


Ever heard about Hitz Morning Crew with Rudy&JJ?
Mungken korang selalu dengar hitz.fm dan selalu jugak dengar celoteh dua orang dj yang paling kecoh dalam konti hitz.fm.Diorang memang happening seh!Apepun yang keluar dari mulut diaorang akan jadi bahan penghibur hati yang duka lara nestapa.
Dan,sekarang korang da boleh nak Download! dan save salah satu segmen dalam Hitz Morning Crew,GOTCHA!

Korang pegi kat Download! > //mahu dengar radio? > MorningCrew_Gotcha!
Then,korang akan dibawa terus ke web Hitz.fm dan mulalah mendownload.
Arkib Gotcha! disimpan semenjak November 2005.Dan diupdate setiap minggu,so,kalau pagi2 korang xbole nak dengar hitz.fm,just download.Let's go!Dengar sampai lebam.

Jaminan : Mesti Pecah Perut!
posted by mohdismail @ 12:02 PM   0 comments
Sunday, February 05, 2006
Download! update


Aku baru letakkan link untuk download lagu Demi Waktu dari band Ungu ni kat Download!

//Kenal sama Ungu - aboutUngu

Lirik Lagu Demi Waktu-Ungu
aku yang tak pernah bisa lupakan dirinya//yang kini hadir diantara kita//namun ku juga takkan bisa menepis bayangmu//yang slama ini temani hidupku//maafkan aku menduakan cintamu//berat rasa hatiku tinggalkan dirinya//dan demi waktu yang bergulir di sampingmu//maafkanlah diriku sepenuh hatimu//seandainya bila ku bisa memilih//kalau saja waktu itu ku tak jumpa dirinya//mungkin semua tak kan seperti ini//dirimu dan dirinya kini ada di hatiku//membawa aku dalam kehancuran

enjoy!
posted by mohdismail @ 5:05 PM   2 comments
Saturday, February 04, 2006
L.O.V.E


Hari Sabtu yang penuh dengan kemalasan untuk melakukan kerja/perkara/etc. berkaitan ilmiah dan kuliah.
Tapi,hari ni aku paling banyak bersembang soal hati.soal perasaan.soal masadepan.
Ketuk sikit pala!

//credit to shambie
posted by mohdismail @ 3:36 PM   5 comments
Friday, February 03, 2006
Roti Canai kat angkasa?
//Related Website
Roti canai, teh tarik tidak ke angkasa lepas? by Utusan Malaysia

Aku bukanlah nak memperlekehkan usaha sesetengah pihak yang berusaha 'tuk mempastikan durian,sate,teh tarek dan roti canai boleh dibawa dan dimakan di angkasa raya,tapi bila memikirkan ke'logik'an akal dan fikiran manusia normal,adalah sesuatu yang sukar(baca : mustahel) untuk membawa makanan tu ke sana.Satu sebabnya,dah sah2 keadaan/situasi/persekitaran/etc tak sama dengan atas bumi.bayangkan lah kalau teh tarek tu nak disediakan secara biasa,tak ke terbang melayang teh tu,abes bertempek serata perut kapal angkasa tu.Durian pulak,nak bwak xde masalah,tapinye yang naek kapal angkase tu bukan Melayu belaka.Jangan kuar statement,"what the s**t are you bring on here?hell la!".Jangan kamu tidak tahu,durian pernah dijadikan bahan makanan exotic dalam FearFactor.Iskk..senang cerita,carilah makanan lain nak bawak ke angkasa nun.Roti Canai lagipun bukannya makanan asli orang Melayu.Good luck MARDI!
posted by mohdismail @ 12:47 PM   0 comments
Bakar je!
PC semaken tak tentu hala tuju masa depan.
Jumaat yang indah ni aku mulakan pada jam 10.30pagi.Cemerlang sungguh hari Jumaat aku tanpa ragu.First sekali aku on pc.Molek je dia bangun pagi ngan tenang.Alunan opening music window mangiringi langkah aku ke bilik air tuk gosok gigi.
Balek je,aku tgk pc aku restart sendirik.Apa lagi kau mahu PC?
10minit pastu,dia restart lagik.Haik!Pagi2 da meragam mak minah pule kamu.
Aku off terus!Dalam 5 minit,aku restart balek,boot dari cd,aku repair je.Malas nak format lagi.
Skang ni dia ok da.Tak taula nnt dia nak ape la plak.Ni tak tambah lagi ngan kelembapan pc ni pada waktu2 puncak.Saket hati jiwa raga je.
Ni semua spyware ngan trojan punya hal la!

//Related Entry
KeTiga Dalam KeDua by famia
posted by mohdismail @ 12:11 PM   0 comments
Thursday, February 02, 2006
tuka kulet!
tukar layout lagik?
Ya.Dengan tanpa ragu-ragu dan segan silu,aku menghabeskan sepagi ini untuk membalut blog aku dengan kulet baru.
Wajah baru sempena tahun baru.
Salam Maal Hijrah 1427H.

tagboard?
Tagboard akan ditiadakan buat sementara waktu sambil aku bertanya kepada agen tentang tagboard2 baru yang boleh aku upah wat keje ngan cemerlang terbilang serta bergaye kat blog aku ni.Tagboard lama still keje kat blog dulu,duluuu..
posted by mohdismail @ 2:23 PM   2 comments
Download!
Finally,aku da letakkan satu section bernama Download! dalam blog aku.Secara asasnya,section ni dibina secara manual.No pHp,no scripts,no ape2 pon!
Klik je kat tajuk2 bahan yang nak diDownload!
Section ni akan di update dari masa ke semasa.Kalau korang ade ape2 link nak letak kat sini,tinggakan kat bahagian Responses!
Download!

Disclaimer
Segala bahan dalam Download! bukanlah hak milik eastmaildemisebuahnama.Ia diletak tanpa persetujuaan mana pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.Download! juga bukan bertujuan mencari publisti,keuntungan atau apa2 yang sewaktu dengannya.Senang kata,don't sue Download! and eastmaildemisebuahnama because of the material.Harap maklum.Terima kasih.
posted by mohdismail @ 10:57 AM   1 comments
menuhariini
mari bicara

lepasmasalalu
sejarahdisini
ads
lingkarandarisini

    link dengan (*) adalah wajib pergi.
    others..coming soon!
dijanaoleh



BLOGGER