Saturday, January 28, 2006
Live from Sungai Besar!
I'm home!
Akhirnya,sampai gak aku kat kampung alman aku setelah aku meredah perjalanan hamper 12 jam.12 jam?Ya..12 jam aku meloncat-loncat dari satu bas ke satu bas..dari satu tempat ke satu tampat laen.Paling world sekali,bas terakhir aku leh terlelap.Keputusan muktamadnya aku terbabas,terlajak,terkelana berpuluh2 kilometer jauhnya dari rumah aku.Ape2 pun,naek bas loncat pada aku adalah aktiviti paling mencabar kesabaran dan kekuatan punggung anda.

Tagboard.Kau kenapa?
Sejak seminggu lepas,tagbod aku wat masalah x sudah2.Tiap kali aku jenguk,mesti dia tanpa segan silu mengeluarkan tanda error yang bernombor 4002.Ape pun aku taktau ape tu 4002 punya maksud,tapi yang nyata,andai kau terus berkelakuan sebegini wahai en.tagbod,besar kemungkinan anda akan diganti dengan tagbod laen.(Harapnya tagbod aku mengerti ape yang aku tulis)

Kemunculan Blog Ilmu
Kelas Cekgu Sarep by famia
Blog ni baru je dimunculkan oleh cik famia kita.Blog ni lebih tertumpu kepada ilmu photografik dan penggunaan fotosop & foto-G.Blog yang wajeb korang cube pi jenguk dan menjadik anak mured.Hepp!
Diges Himpunan Maklumat
Blog yang menghimpunkan ramai blogger2 untuk menyumbang maklumat2 tentang dunia dan persekitaran.Satu gedung maklumat terbaru.FYI,aku antara partner dalam Diges.So,go and get sumthing new!

Berape lama cuti en.mael?
Rabu ni aku balek kampus semula.
Bas loncat lagi ke?
Absolutely!
posted by mohdismail @ 11:37 PM   4 comments
Thursday, January 26, 2006
Morning With James Blunt...

Pagi ni,sepanjang berjalan menyusuri lorong2 untuk ke kuliah,aku layan suara mamat ni kat mp3 aku.Lagu Goodbye My Lover dan You're Beautiful betul-betul wat aku rasa pagi ni sangat best.Suara mamat ni unik.Lagu dia sangat simple,tapi sangat best sebagai pemula pagi.I've been addicted to you,james!
James Blunt-Back To Bedlam
posted by mohdismail @ 10:53 AM   3 comments
Wednesday, January 25, 2006
Atas Kepala Aku!
En.Pentium Sakit
Malam tadi,balek je kelas termo-yg-hazab.Gelap je aku tgk bilik aku dari kejauhan.Roomate aku da tido kot.Bisik hati aku nak menyedapkan hati yang dari tadi tak bape sedap entah kerana apa.Jalan dekat sikit,aku tengok satu wing(*wing=sayap=satu section dalam blok asrama aku)bergelap.Hapekezadahnye.Lain2 wing elok molek je terang-menderang,padahal satu blok tu.
"****lah sape pkai sampai overload ni!!"
"spotcheck!"
rakan-rakan2 se-wing aku da pakat jerit2,marah2 tak keruan jiwa dan raga.Jeritan yang membuatkan aku bergegas balik ke bilik adalah...
"hoi..malaun mane overloadkan letrik ni?aku tgh wat esaimen la b***h!"
"rosak la pc aku!!!"
PC?meluru aku balik bilik.En.PC da hilang nyawa dek kerana ketiadaan letrik.
5 minit kemudian.Letrik kembali neutral.
Tetapi,En.PC aku tak neutral.Jenuh da aku tekan2 punat power kat CPU nih.Takmo hidup.Damn!!
PC aku da overclocking(hape mende ni pon aku taktau pada waktu kejadian,pagi esoknye baru aku tau yang fenomena kematian sebijik PC dek kerana black-out dinamakan overclocking,ntah ye ntah idak.)
Sudahnya,hari ni,terkonyong-konyong aku bawak En.PC kesayangan aku ni pi kedai pc.
Aku kata kat tokey tu,"urgent!".Aku mau buat banyak esaimen.Aku banyak mau buat keje.
Check punya check,konfem power supply n motherboard aku rosak.
Rosak maknanya kene ganti baru.
Baru maknanya kene ade duit.
Duit maknanya situasi ini terus membawa aku ke bawah paras kemiskinan bagi seorang student tajaan JPA.
Tika aku hulurkan duet kat tokey kedai pc tu tadi.Ade satu benda je bermain kat fikiran aku.
"bila aku kuar dari pintu ni,harap-harapnya akan jadi satu hujan duet mencurah-curah atas kepala aku!"
posted by mohdismail @ 12:24 AM   0 comments
Monday, January 23, 2006
Tak Puas Hati!!
posted by mohdismail @ 7:02 PM   0 comments
Tuesday, January 17, 2006
Selamat Datang Kesibukan


Temasya Olahraga Tahunan 2006 : USM
Hujung minggu ni aku akan jadi atlet USM buat pertama kalinya.Aku masuk acara tarek tali.Molek sangat la tu.Kalau didasarkan pada sejarah lampau aku,di sekolah rendah,sekolah menengah dan kat matriks,aku memang akan masuk acara tarek tali ni.Dan, yang paling best,suma penyertaan aku disudahi dengan kilauan emas.eheh.Kalau la emas betul yang diaorang hadiahkan kat aku.Lama da aku gadai beli kamera kat atas ni.Fullset ngan lense.
Harapnya hujung minggu ni,naseb akan menyebelahi aku lagi.Esok da kene start wat exercise kaki.Kaki adalah aset aku paling penting dalam tarek tali.Sekali aku tarek,kaki ni lah yang akan maintainkan kedudukan aku dan menyukarkan pihak lawan nak seret team kitaorang jatuh tersungkur,makanya,kaki ini perlu dilatih segera supaya kuat dan kukuh.
posted by mohdismail @ 6:16 PM   1 comments
Monday, January 16, 2006
setelah abes...


"barangkali di sana jawabnya
mengapa di tanahku terjadi bencana
mungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita
yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa
atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita
coba kita bertanya pada rumpun yang bergoyang.."
tengah dengar Abiet G. Ade - Berita Kepada Kawan


Lama betol aku x menules kat sini.Sangat sibuk.Betul2 lepas aidiladha aritu,tiap amlam aku xde kat bilik.8.00 je aku dah tercongok kat pusat aktiviti student jaya.Meeting la..lukes banner la..perjumpaan itu..perjumpaan ini..taklimat segala macam.Let's go.

Rabu
8.00

aku turun lebih awal dari sepatutnya.aku janji dgn ahli2 exco aku kul 8.30.saje je turun awal.leh layan sirap ais sambil dengar ceramah agama yang kefe' tu pasang.lagi pun sebelum tu aku kene amik layout banner yg nak dilukis.ikut plan nak lukis 2 banner malam tu.by hand.tapi,lum abis banner yg first tu,suma aku tgk da wat muka toya.
"kita wat satu da la ek mlm ni?"
"serius ni mael?"
"ye la..lagipon jap lagi aku ade taklimat"
"yeyey..sayang mael"
"woi..!"
10.00
aku pergi taklimat untuk Malam Mencari Sinar yang di anjurkan oleh desa aku tuk budak2 first year.Basically,program ni dibuat setelah kitaorg tgk result2 budak2 first year sumanya x memuaskan hati penggawa dan memalukan reputasi Desasiswa Jaya.eceh..

Khamis
8.20

Program berjalan.Aku sebagai fesi dgn sukacita dan penuh bangganye bercerita tentang pengalaman aku sepanjang melalui kehidupan ditahun satu.bila da lama sembang2 ngan budak2 first year,aku baru tau,diaorang ni masih byk yang tak tahu.terlalu banyak.kalau nak dibandingkan dgn masa aku dulu.Aku ceritakan ape saje yang diaorang nak tau.semuanya aku terangkan secara jujur.selok belok menangani hati lecturer.kaedah belajar paling efisien.sampai la topik lecturer mana diaorang kene beware.sikit pun aku tak simpan.apa aku tahu.diaorang da tahu.
"terpulanglah tuk korang,aku da bagi jalan,aku da bagi torchlight,kalo korang nak terus jalan ikut ape yang aku telah lalui,korang jalan la.kalo korang nak terus ade kat sini,dan masih terkial2 cari jalan,itu hak korang.."my last word.

Jumaat
Pertandingan Keceriaan dan Kebersihan Bilik.
Kisah sedih tul.Secara keseluruhannya,bilik aku da tersenarai dalam Top 10 bilik paling stylo dan wangi serta lantai-boleh-jilat.Tapi sayangnya,malam pengadilan terakhir.Aku xde kat bilik.Roomate aku pi seminar kat Kedah.ciss..

Lukes banner lagi.Malam ni banner memang masyuk.Paling banyak word yang nak kene lukes,plus,siap suruh kitaorang lukis motif bunga-bungaan kat atas banner tu.naseb baik kami ini exco yang sporting,menerima tugas dengan hati yang terbuka dan ikhlas.

Meeting TEJA2006.Aku sangat gumbira.Proposal aku untuk design tshrt rasmi TEJA2006 telah diterima dengan hati yang terbuka.Ramai ajk dalam meeting tu puji design aku.perghh..macam kat puncak dunia rasanya.menambahkan lagi semangat aku,design untuk tag nama,poster,banner rasmi dan pemplate telah dipersetujui tanpa sebarang bantahan.Tapi,sampai sekarang,aku tetap dua,tiga ronok ngan penerimaan design tshirtaku tu.Pertama kali dalam kampus ni rasanya,tshirt di-design berdasarkan kepada design-out-of-box.aku da x mahu jadi tipikal.

Aku puas.Walaupun sekarang ni sebenarnya aku baru balek dari meeting TOT2006.Letih tapi aku puas.That's how life should goes on.

Ingat nak letak lagu kat atas tu as b/groud music.aku ngantok!
posted by mohdismail @ 1:14 AM   2 comments
Monday, January 09, 2006
aku raya kat kampus!huarghh
posted by mohdismail @ 8:29 PM   1 comments
Saturday, January 07, 2006
Entry Yang Tertunda


Nape lama sangat?
Busy.
Busy watpe?
Macam-macam..
Contoh?
ermm...

Sabtu
Hari ni baru aku dapat wat post pasal tournament bowling tempoh hari.Apa punya lambat la ko mael.Anyway,tournament hari tu sangat meng'enjoy'kan diri aku.
7.45 malam.Rabu lalu.
Kitaorang berkumpul kat Kafe Lembaran.Aku naik bas dulu.AJK terlibat sibok check nama orang.At first,aku wat bodo je time budak Cina tu panggil nama aku.Hehe...then,dalam kesamaran malam tu,dia check muka kitaorg satu persatu,sampai ar dia jumpa aku kat seat paling belakang.Lantak.
8.24 malam.
Baru bertolak,katanya nak bertolak kul 8.Ceh!
9.00 malam
Sampai kat Megamall Penang.Tempat wajib kalo nak maen bowling.Heh.
Masa jalan masuk ke tempat tu.tiba2 aku perasan yang kitaorg ni da cam rombongan budak2 sekolah ke shopping complex.Maka dengan itu,aku ngan Najib cepat2 amek jalan lain nak ke tempat bowling.Sekali aku pandang belakang,dari kejauhan,memang sebijik la diaorg ni cam budak sekolah rendah.Dah la pakai baju sedondon je.Aduh saleha tul!
9.30 malam.
Start warm-up.Masa ni teamate aku da lenguh2 tangan.Banyak sgt baling bola katanya.
9.40 malam.
Game start.Aku bermula dengan cemerlang.Spare pada tiga balingan pertama,tapi menjadi semkain sepal pada yang seterusnya.Secara individu,aku dapat 97 jatuhan pin je.heheh.Secara kumpulan,team kitaorg dapat 424 jatuhan pin.Baki 327 pin tu,semua teamate aku buat.Syukri,125,Shahir.,118.Cikong,84.
10.20 malam.Second round.
Sesungguhnya,pada second round ini,aku menjadi semakin tak tentu hala,tangan aku betul2 tak mau membuat balingan2 yang masyuk,paling best,2 kali bola terlepas dari tanga,membuatkan aku menjadi Raja Longkang tuk team aku.hehe.Dan aku rasa,aku la penyebab kenapa team kitaorang tak dapat no satu.habes je second round,team kitaorg berada pada kedudukan kedua.Denga purata jatuhan pin,441.Kitaorang dapat jatuhkan 457 pin pada second round.Tak kesampaian nak cecah 500.Ni ko nyer pasal la mael.
12.45 malam.
Kitaorang berarak pulang dari Megamall.Singgah kat hentian rehat Juru,makan.Orang laen ramai tak amkan,kononnya jaga badan la tak makan malam.Lantak,aku ngan beberapa orang lagi yang masih mengenal erti sayangkan perot,amek nasik goreng,lauk ayam goreng yang keras membatu.Iskk..
1.30 pagi
Sampai kat kampus.Kene tido cepat.Sok pagi kelas kul 9.Sebelum tido,sempat lagi aku makan satu cup jelly dri hamper yang kitaorg menang,Heheh.
Itu lah yang terjadi.

Tu je mael?
tu je la..
Gambar2 laen?
sencored!
??

posted by mohdismail @ 3:17 PM   0 comments
Wednesday, January 04, 2006
Penat!
aduh..aku penat..baru balek main boling.Durjana tul!2 kali bola boling terlepas dari tangan.Tapi,aku steady.Esok aku citer panjang.Jom tido ye kawan2!

sambungan...
posted by mohdismail @ 5:50 PM   1 comments
Tuesday, January 03, 2006
Jelajah Dunia Sana

Bazuki Muhammad - fotoshooter untuk Reuters ni telah menjelajah selama 2 bulan di kawasan tinggalan perang era Taliban.Dalam website yang dibangunkan tanpa sebarang hiasan yang fancy,hanya gambar dan tulisan.Bazuki telah membawa aku mengenali dunia sebenar dan realiti kehidupan saudara2 kita di Afghanistan.Banyak yang aku pelajari bila masuk ke dunia sana.The best photo journey i've ever seen.

HOPE
THEY ARE WORTH OF SHARING










posted by mohdismail @ 5:01 PM   2 comments
Monday, January 02, 2006
Senandung Hidup Berbudi

Ombak lautan berombak
Mengapa mengubah pasir di pantai
Bayu bertiuplah bayu
Mengapa menjadi ribut dan badai

Begitu kita merancangkan
Belum pasti hadirnya kebahagiaan
Fahamlah apa itu takdir
Akan berseri hidup yang ditadbir

Hidup menggadai harta
Agar diri berharga
Janganlah kau salah mengerti
Kelak kau kan menggadai diri

Mencari penghormatan
Janganlah sampai terkorban
Yang mulia pasti kita hormatkan
Yang rendah jangan dihinakan

Tenang di air yang tenang
Jangan di sangka boleh direnang
Kail panjanglah sejengkal
Janganlah lautan hendak diduga

Itulah pesan orang lama
Menjadi bekal pada yang berusaha
Ingatlah pepatah ini
Menjadi panduan hidup berbudi
posted by mohdismail @ 9:18 PM   0 comments
sunday morning blues...
[lokasi]bilik aku
[mood]sleepy
[currentlistening]premelodic-suratan atau kebetulan
nak dengar?donlod kat sesumpahstore.org

Pagi Aku
Pagi ini aku mencuba untuk menyalin nota yang Eka bagi tempohari.Hasilnya,aku larat nak salin satu setengah muka surat je.Memang hampeh tul pagi2 minggu ni.
Selebihnya pagi ni aku banyak merantau ke blog2 orang lain.Melompat sana,melompat sini.Ade jumpa satu blog ni,ajar camne nak letak radioblog kat blog tanpa guna format.PHP .Aku pun beriya la follow step by step yang dia ajar,sampai satu step aku sangkut,file yang dia suh donlod da xleh donlod.Siap kena bayar USD4 kalo nak teruskan operasi mendonlod.Potong tul lah!
grizzly addam
posted by mohdismail @ 7:44 AM   0 comments
Sunday, January 01, 2006
*sigh*


Gerek seh.Masa aku merayau-rayau kat ruang tenet yang serba luas ni.Aku terjumpa dia ni kat TokeiKedai.net.Aku taktau pon yang dia ni wujud.Dia ni juara Malaysia Top Host yang first dulu.maybe sebab aku tak follow rancangan ni,tu yang aku xtau wujudnya Nurul Syuhada ni.Plus,dia asal dari tempat dekat2 ngan tempat aku.Check out her profile.

Nama: Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain
Usia: 21 tahun
Tarikh Lahir : 29 November 1984
Zodiac : Sagittarius
Asal: Seremban,Negeri Sembilan
Tempat Tinggal : Kuala Selangor, Selangor
Personaliti :Adventurous
Minat : Scuba diving,Swimming,Shopping,Travelling,Cooking & Hosting
Buku Kegemaran : Oceanography
Movie Kegemaran : Tomb Rider,LOTR & Finding Nemo
Musik Kegemaran : Apa Saja
Tv Show Kegemaran : 3R, Sinchan, Powerfuff Girls, Meteor Garden
Akademik: Pelajar Tahun 3 Kolej Universiti Sains & Teknologi Malaysia [KUSTEM] (Sains Marin)
Adik-beradik: Tiga Orang (Perempuan tunggal)
Tinggi: 167 sm

For more details : http://www.tokeikedai.net.my/v8/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=4282
posted by mohdismail @ 7:02 PM   0 comments
Selepas Jam 12
BBQ Party
Jam pc aku menunjukkan 1.31 pagi.Baru lepas sejam tigaploh minit tahun 2005 aku tinggalkan.Malam terakhir tahun 2005 aku akhiri ngan majlis makan BBQ.
Secara keseluruhannya,parti ni biasa je,bukan style masak masing,tapi ade tukang masaknye.Diaorang ni start masak dari kul 8.30 malam tadi.Aku sampai dalam kul 9.00 malam,datang tolong bakar ayam,daging,hot dog ckit.Pastu ramai la yang datang.Aku mengundur diri memandangkan aku da pakai baju wangi2,nanti kuat lak bau asap melekat kat baju aku malam tahun baru ni.
Yang paling aku nak gelak,ada sorang ammat ni,pi letak ketul2 marjerin atas ayam,daging dan suma2 tu.Bila marjerin tu cair,elok dia mengalir ke bara bawah jaring tu.Then,api besar pun jadi,mula la kelam kabut mamat tu aku tengok.Tengok je?tengok je la..habes hitam2 ayam tu.Lantak!
Makan start lambat,naik berdangdut perot aku ni tunggu.
Aku start ngan hot dog sebatang.Yang baru masak.Aku patah je,berkepul asap kuar.(wahh..!).Cicah pulak ngan sos BBQ.Bayangkan sendiri la..
posted by mohdismail @ 5:54 PM   0 comments
menuhariini
mari bicara

lepasmasalalu
sejarahdisini
ads
lingkarandarisini

    link dengan (*) adalah wajib pergi.
    others..coming soon!
dijanaoleh



BLOGGER