Friday, March 10, 2006
Kekasih Kau Di mana?



lagu tema hari ini : Cake - Sheep Goes To Heaven ( kalo ade lagu nih,lebih molek dilayan ketika melayari blog aku,download?nanti2 aku upload tuk didownload)



Aku beli kamera bernama Konica Minolta DIMAGE X21 ni tahun lepas.Seawal semester kedua tahun pertama aku kat USM.Pada masa itu,biasiswa JPA baru sahaja menerjah ke dalam bank akaun aku dan keinginan untuk memiliki sebuah kamera amat memuncak.Ditambah pula dengan kedai ah pek ni buat promosi tahap hilang akal yang tawarkan harga super minimum sesuai dengan budget aku.
Aku rembat tanpa berfikir panjang.Harga yang dia bagi kat aku betul-betul buat aku rasa kamera ini ditakdirkan untuk aku.Aku memandu pulang dengan keadaan aku lebih memandang seat sebelah dimana kamera itu berada berbanding melihat jalan dihadapan'ku.Kalau ade kutu lintas jalan pun mungken aku tak akan sedar.kamera ini betul-betul memikat pandangan aku.
Sejak hari itu,bermulalah hari-hari aku penuh dengan gambar-gambar ceria yang aku shoot sana-sini.Walaupon perfomance kamera ni tidaklah sehebat afzan mahupon huzai,tapi sekurang-kurangnya aku ada sesuatu untuk membekukan masa-masa yang bermakna.
Hinggalah pada suatu hari,kamera ni mula menunjukkan simptom tak betul.Dan kemuncaknya,kamera ni enggan hidup sedangkan aku sedaya-upaya membekalkan bateri yang super power untuk beliau.
Aku kembali ke kedai ah pek tu untuk menunjukkan kamera aku yang sudah tidak bernyawa.Ah pek itu berkata,
"boss,mau ganti ka welenti?"*welenti=warranty
"ape beza pek?"
"kalau u mau ganti aa..saya cas sikit loo.."
"sikit tu brape?"
"kulang2 satu latus"
"welenti?"
"saya kasi hantar ini kamera pi itu kilang,u tunggu la.."
"lama ka pek?"
"lua bulan ini macam.."
"oklah.."

Aku mana ade duit da masa tu nak service kat kedai ah pek tu,dia kata sekurang-kurangnye 100,pada aku,lebih mahu,kurang tak mungkin.
Tapi,sampai saat ini,kamera aku belum pulang dari kilang,tiap kali aku pergi check kat kedai ah pek,dia kata kilang belum hantar balik.
Aku rindu kamera aku.
Aku rindu nak ambil gambar.
Macam mana kalau kamera tu takkan kembali?
Aben kata,"Kita Rompak Kedai Uncle Wong!"

Keyword Top
Aku bukan nak bagi korang keyword-keyword yang best untuk letak kat web/blog/etc korang.Tapi dari pemerhatian aku hari ke hari,perkataan 'siti' & 'nurhaliza' menjadi keyword paling unggul untuk orang ramai sampai ke blog aku,tak kira la diorang search kat mane pun,Google ke,MSN ke,Yahoo ke,rata-rata mereka datang ke blog aku kerana mahu mencari Siti Nurhaliza.DVD tak mau?.Haha.Pasni pasti aku akan buat entry pasal Mawi.Gunakan blog semaksimum mungkin.

demisebuahnama:theunwanted
Kalian tahu ape dalam fikiran aku sekarang?Aku mahu tukar layout lagi.Siaplah blog ini akan ku bedah-bedah sepuas hati biar semakin cun dan menawan hati sekeluarga.Kalo nak dikira berape kali aku tukar layout kat blogspot,ni kali ke-3.Maka dengan itu,pertukaran layout dan interface yang seterusnya akan memberi nama baru kepada blog ini : demisebuahnama:theunwanted.Siap ko!
posted by mohdismail @ 11:09 AM  
2 Comments:
  • At 4:57 PM, Anonymous Anonymous said…

    ermm..nk tuka layout lagi ke?i think better u change ur online digital media store layout 1st..i wonder y there's "// layout & design : shambijoux.com" at ur page.better ask for permission before taking any of people's hardworks,dont be such a copycat while u can do the things ur own way..ok..

     
  • At 1:48 AM, Blogger Chika Chika said…

    saya berpendapat.... cepat tukar layout! cepat.... kasi blog ni dressing cantek punyaaaaa....


    ayoooyo... sy kena tag eyh? awat tak habaq?

     
Post a Comment
<< Home
 
menuhariini
mari bicara

lepasmasalalu
sejarahdisini
ads
lingkarandarisini

    link dengan (*) adalah wajib pergi.
    others..coming soon!
dijanaoleh



BLOGGER