Wednesday, January 25, 2006
Atas Kepala Aku!
En.Pentium Sakit
Malam tadi,balek je kelas termo-yg-hazab.Gelap je aku tgk bilik aku dari kejauhan.Roomate aku da tido kot.Bisik hati aku nak menyedapkan hati yang dari tadi tak bape sedap entah kerana apa.Jalan dekat sikit,aku tengok satu wing(*wing=sayap=satu section dalam blok asrama aku)bergelap.Hapekezadahnye.Lain2 wing elok molek je terang-menderang,padahal satu blok tu.
"****lah sape pkai sampai overload ni!!"
"spotcheck!"
rakan-rakan2 se-wing aku da pakat jerit2,marah2 tak keruan jiwa dan raga.Jeritan yang membuatkan aku bergegas balik ke bilik adalah...
"hoi..malaun mane overloadkan letrik ni?aku tgh wat esaimen la b***h!"
"rosak la pc aku!!!"
PC?meluru aku balik bilik.En.PC da hilang nyawa dek kerana ketiadaan letrik.
5 minit kemudian.Letrik kembali neutral.
Tetapi,En.PC aku tak neutral.Jenuh da aku tekan2 punat power kat CPU nih.Takmo hidup.Damn!!
PC aku da overclocking(hape mende ni pon aku taktau pada waktu kejadian,pagi esoknye baru aku tau yang fenomena kematian sebijik PC dek kerana black-out dinamakan overclocking,ntah ye ntah idak.)
Sudahnya,hari ni,terkonyong-konyong aku bawak En.PC kesayangan aku ni pi kedai pc.
Aku kata kat tokey tu,"urgent!".Aku mau buat banyak esaimen.Aku banyak mau buat keje.
Check punya check,konfem power supply n motherboard aku rosak.
Rosak maknanya kene ganti baru.
Baru maknanya kene ade duit.
Duit maknanya situasi ini terus membawa aku ke bawah paras kemiskinan bagi seorang student tajaan JPA.
Tika aku hulurkan duet kat tokey kedai pc tu tadi.Ade satu benda je bermain kat fikiran aku.
"bila aku kuar dari pintu ni,harap-harapnya akan jadi satu hujan duet mencurah-curah atas kepala aku!"
posted by mohdismail @ 12:24 AM  
0 Comments:
Post a Comment
<< Home
 
menuhariini
mari bicara

lepasmasalalu
sejarahdisini
ads
lingkarandarisini

    link dengan (*) adalah wajib pergi.
    others..coming soon!
dijanaoleh



BLOGGER