Monday, January 16, 2006
setelah abes...


"barangkali di sana jawabnya
mengapa di tanahku terjadi bencana
mungkin Tuhan mulai bosan melihat tingkah kita
yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa
atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita
coba kita bertanya pada rumpun yang bergoyang.."
tengah dengar Abiet G. Ade - Berita Kepada Kawan


Lama betol aku x menules kat sini.Sangat sibuk.Betul2 lepas aidiladha aritu,tiap amlam aku xde kat bilik.8.00 je aku dah tercongok kat pusat aktiviti student jaya.Meeting la..lukes banner la..perjumpaan itu..perjumpaan ini..taklimat segala macam.Let's go.

Rabu
8.00

aku turun lebih awal dari sepatutnya.aku janji dgn ahli2 exco aku kul 8.30.saje je turun awal.leh layan sirap ais sambil dengar ceramah agama yang kefe' tu pasang.lagi pun sebelum tu aku kene amik layout banner yg nak dilukis.ikut plan nak lukis 2 banner malam tu.by hand.tapi,lum abis banner yg first tu,suma aku tgk da wat muka toya.
"kita wat satu da la ek mlm ni?"
"serius ni mael?"
"ye la..lagipon jap lagi aku ade taklimat"
"yeyey..sayang mael"
"woi..!"
10.00
aku pergi taklimat untuk Malam Mencari Sinar yang di anjurkan oleh desa aku tuk budak2 first year.Basically,program ni dibuat setelah kitaorg tgk result2 budak2 first year sumanya x memuaskan hati penggawa dan memalukan reputasi Desasiswa Jaya.eceh..

Khamis
8.20

Program berjalan.Aku sebagai fesi dgn sukacita dan penuh bangganye bercerita tentang pengalaman aku sepanjang melalui kehidupan ditahun satu.bila da lama sembang2 ngan budak2 first year,aku baru tau,diaorang ni masih byk yang tak tahu.terlalu banyak.kalau nak dibandingkan dgn masa aku dulu.Aku ceritakan ape saje yang diaorang nak tau.semuanya aku terangkan secara jujur.selok belok menangani hati lecturer.kaedah belajar paling efisien.sampai la topik lecturer mana diaorang kene beware.sikit pun aku tak simpan.apa aku tahu.diaorang da tahu.
"terpulanglah tuk korang,aku da bagi jalan,aku da bagi torchlight,kalo korang nak terus jalan ikut ape yang aku telah lalui,korang jalan la.kalo korang nak terus ade kat sini,dan masih terkial2 cari jalan,itu hak korang.."my last word.

Jumaat
Pertandingan Keceriaan dan Kebersihan Bilik.
Kisah sedih tul.Secara keseluruhannya,bilik aku da tersenarai dalam Top 10 bilik paling stylo dan wangi serta lantai-boleh-jilat.Tapi sayangnya,malam pengadilan terakhir.Aku xde kat bilik.Roomate aku pi seminar kat Kedah.ciss..

Lukes banner lagi.Malam ni banner memang masyuk.Paling banyak word yang nak kene lukes,plus,siap suruh kitaorang lukis motif bunga-bungaan kat atas banner tu.naseb baik kami ini exco yang sporting,menerima tugas dengan hati yang terbuka dan ikhlas.

Meeting TEJA2006.Aku sangat gumbira.Proposal aku untuk design tshrt rasmi TEJA2006 telah diterima dengan hati yang terbuka.Ramai ajk dalam meeting tu puji design aku.perghh..macam kat puncak dunia rasanya.menambahkan lagi semangat aku,design untuk tag nama,poster,banner rasmi dan pemplate telah dipersetujui tanpa sebarang bantahan.Tapi,sampai sekarang,aku tetap dua,tiga ronok ngan penerimaan design tshirtaku tu.Pertama kali dalam kampus ni rasanya,tshirt di-design berdasarkan kepada design-out-of-box.aku da x mahu jadi tipikal.

Aku puas.Walaupun sekarang ni sebenarnya aku baru balek dari meeting TOT2006.Letih tapi aku puas.That's how life should goes on.

Ingat nak letak lagu kat atas tu as b/groud music.aku ngantok!
posted by mohdismail @ 1:14 AM  
2 Comments:
  • At 11:14 AM, Anonymous Anonymous said…

    tahniah dari Am, design tu memang cantik pun, macam professional yang design pulak, macam ni kalau desig apa2 bolehlah minta tolong east

     
  • At 6:18 PM, Anonymous Anonymous said…

    mekaseh Am...tapi sy ni bukan la pro..huhu..

     
Post a Comment
<< Home
 
menuhariini
mari bicara

lepasmasalalu
sejarahdisini
ads
lingkarandarisini

    link dengan (*) adalah wajib pergi.
    others..coming soon!
dijanaoleh



BLOGGER